Kamis, 13 Februari 2014

Hanyut 3 kilometer

Cameron Highlands: “Saya hampir tidak percaya apabila melihat pacuan empat roda milik sendiri hanyut sebelum ditemui tersadai di tebing Sungai Bertam, tiga kilometer dari lokasi ia diletakkan,” kata mangsa bencana tsunami bukit di Lembah Bertam, Tanah Rata, di sini, Nazaruddin Hamdan, 35.

Menurutnya, kenderaan miliknya seberat lebih satu tan itu dihanyutkan arus deras sejurus rumahnya dilanda air sungai yang melimpah menaiki tebing jam 1.10 pagi kelmarin.

“Ketika tragedi berlaku, saya tiada di rumah berikutan mempunyai urusan di Tanah Rata sebelum segera pulang sejurus dimaklumkan kejadian itu, namun tidak sempat berbuat apa-apa.

“Ketika itu saya dapati pacuan empat roda Mitsubishi Storm sudah tiada akibat dihanyutkan arus deras,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

PENDUDUK bertungkus-lumus membersihkan rumah selepas dilanda banjir lumpur, semalam.

PASUKAN keselamatan terdiri daripada bomba, askar, jabatan pertahanan awam (jpam) dan rela berjalan kaki menyusuri sungai bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Nazaruddin berkata, kenderaannya itu hanya ditemui pagi semalam selepas didapati hanyut dan terbalik dalam sungai berkenaan.

Sumber:


Tidak ada komentar:

Posting Komentar