Jumat, 21 Februari 2014

Pelancaran Menu Nasi Goreng 1Malaysia


KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Karnival Makanan Warisan 1Malaysia di Jalan Masjid India di sini bermula 30 Ogos hingga 1 September ini.

Antara acara yang dijangka menarik perhatian para pengunjung adalah program Jamuan Rakyat yang akan diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 2013 bermula pukul 1 tengahari hingga 2 petang serta pelancaran menu Nasi Goreng 1Malaysia (NG1M).

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Adnan Md. Ikshan berkata, karnival yang mendapat kerjasama Persatuan Penjaja Dan Pekedai Bumiputra Wilayah Persekutuan (PPPBWP) itu akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

“Karnival ini melibatkan penyertaan 200 gerai penjaja peniaga kecil dari seluruh Malaysia. Ia diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2013 yang
bertemakan “Warisan Makanan Asas Transformasi Makanan Masa Depan”.

“Karnival ini akan menonjolkan makanan dan kuih-muih tradisional dari seluruh Malaysia serta mempromosikan makanan popular yang terdapat di negara ini. Turut diadakan demonstrasi masakan oleh selebriti dan pelancaran NG1M,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Adnan dalam pada itu berkata, majlis Pelancaran Karnival Makanan Warisan 1Malaysia oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan diadakan di lokasi sama pada 31 Ogos 2013.

Menurutnya, karnival itu antara lain bertujuan memartabatkan makanan warisan masyarakat Malaysia pelbagai negeri dan budaya termasuk lauk-pauk, kuih muih, minuman tradisional dan produk inovasi masa kini.

Ia juga bertujuan meningkatkan taraf hidup ekonomi peniaga kecil sekitar lokasi karnival dan memberi peluang kepada mereka mempromosi perniagaan mereka ke peringkat yang lebih besar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar