Senin, 16 Desember 2013

Wawa Zainal Kongsi Gambar Anaknya…


SELEPAS kisah perkahwinan mereka terbongkar di media massa, nampaknya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini lebih terbuka berkongsi gambar permata hati mereka di laman sosial masing-masing.

Wawa telah berkongsi potret wajah anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Anak mereka dilahirkan pada 24 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Selain itu, Aeril sebelum itu juga memuat naik gambar tangan anaknya untuk tatapan peminat mereka berdua.

Aeril juga menulis di Twitter mengatakan dia tidak kisah dihina oleh mereka yang memandang serong terhadap perkahwinannya.

“Yang ingin menghina teruskanlah menghina, nak cakap apa pun cakaplah. Yang penting saya bahagia bersama anak dan isteri tercinta,” luahnya.

Semoga Aeril dan Wawa bahagia melayari bahtera rumah tangga dan anak mereka membesar dengan bijak dan sihat.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar