Jumat, 20 Desember 2013

Ugut Ibu Buruh Dijel 2 Tahun


KUALA TERENGGANU – Mahkamah majistret, di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang buruh kerana mengugut untuk mencederakan ibunya, bulan lalu.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Akram Mohd Rani, 27, mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Mohd Akram mengaku melakukan ugutan jenayah dengan memegang sambil mengangkat sebilah pisau terhadap ibunya, Fatimah Abdullah, 54, dengan niat mendatangkan ketakutan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu berada di rumah kira-kira jam 2.15 petang pada 27 November lalu, tertuduh telah meminta wang sambil mengugut pengadu dengan pisau.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh kemudian turut mengugut untuk mengamuk sambil menakik pintu biliknya.

Bimbang keselamatan dirinya, pengadu membuat laporan polis dan tertuduh akhirnya ditangkap ketika berada dalam bilik di rumahnya. - Sinar Harian Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar